Tentang Dhia Full Episode

Sinopsis Tentang Dhia

Cinta dan simpati tiada ukuran bagi Dhia yang berdiri antara 2 lelaki yang sangat dikasihi. Percintaan tiga segi menjadi rumit apabila dia dicemburui Melly yang berasa dirinya lebih sesuai untuk Raffi dan Azmi, dua lelaki yang berbeza latar belakang.

Azmi bekerja hanya sebagai kerani biasa namun anak kepada imam ini disukai ramai kerana sifatnya yang merendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia memang sudah lama terpaut pada Azmi. Dalam masa yang sama, Raffi yang berkelulusan luar negara yang juga teman rapat Dhia sejak kecil menyukainya. Terkejut apabila Dhia bakal menjadi tunangan Azmi, Raffi redha demi cintanya pada Dhia.

Melly mula mengambil kesempatan dengan mendekati Raffi dan menidurinya namun jerat memakan diri apabila Raffi tidak mengendahkannya dan enggan bertanggungjawab. Apabila menngetahui dia mengandung, Melly memerangkap Azmi. Mereka ditangkap basah dan ditahan di lokap polis. Tergamam dengan berita tersebut,Dhia tetap meneruskan pertunangan mereka demi kasih cintanya pada Azmi.

Namun, ketabahan Dhia diuji sekali lagi apabila keluarga Melly mahu Azmi bertanggungjawab. Azmi dan Melly berkahwin tanpa kerelaan Dhia. Bagaikan pelangi selepas hujan, Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada Kuala Lumpur. Zikir mempunyai rakan baik bernama Fendi dan dia turut diminati oleh Rose pekerja di Firma beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia dalam kemalangan. Ketika menghadiri majlis pengebumian Fendi di kampung halaman Fendi di Pulau Pinang, Zikir berjumpa dengan Dhia dan dia terpaut dengan Dhia. Atas pertolongan isteri arwah Fendi, Zikir berkenalan dengan Dhia. Demi menjauhkan diri daripada Melly dan Azmi, Dhia menerima Zikir. Namun, masih banyak halangan yang perlu dihadapi Dhia.

Pelakon Tentang Dhia

Nora Danish, Ady Putra, Izreen Azminda, Tasha Shilla, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Puteri Sarah, Liza Abdullah.

Drama Tentang Dhia

Jumlah Episod: 30
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Tentang Dhia

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30

Popular

Maid Full Episode

Cik Bunga Encik Sombong Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Mencintaimu Mr Photographer Full Episode

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode