Kisah Yang Hilang Full Episode

Sinopsis Kisah Yang Hilang

Kisah Fatah Aqil, seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram.

Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, Aqil bersama rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi.

Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, computer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik datuknya.

Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran bahawa kampung tersebut.

Pelakon Kisah Yang Hilang

Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, Wan Gegau, Fathil Dani, Elanie, Adam Shah, Tengku Fiella, Amai Kamarudin, Bella, Fify Azmi

Drama Kisah Yang Hilang

Jumlah Episod: 20
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin–Rabu
Siaran: Slot Seramedi TV3

Tonton Kisah Yang Hilang

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Popular

Setelah Terlafaznya Akad Full Episode

Imam Mudaku Romantik Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Cik Bunga Encik Sombong Full Episode

Jodoh-Jodoh Annisa Full Episode