Badang (2018) Full Movie

Sinopsis Badang

Bad kehilangan ibunya, Mak Siah, yang terbunuh dalam satu kekecohan selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko. Sebelum kematian ibunya, Mak Siah sempat bercerita mengenai kisah silam Bad bahawa beliau adalah seorang anak istimewa, hadiah kepada Mak Siah dan Pak Tam yang tidak mempunyai zuriat, dan bakal menjadi menjadi seorang yang berkuasa satu hari nanti. Mak Siah juga berpesan, menjelang usia Bad mencecah 25 tahun, Bad bakal memperoleh sedikit demi sedikit kuasa luar biasa yang menjadikan beliau berbeza daripada manusia biasa.

Pada usia Bad menyambut hari lahirnya yang ke 25 tahun, beliau menyedari kuasa-kuasa luar biasa mula berkembang di dalam dirinya apabila beliau memegang pohon buluh, Bad mempunyai kuasa ghaib, kelajuan dan kekuatan luar biasa. Sarip, teman baik Bad, melatih dan membantu Bad dalam mencapai kuasa luar biasa yang maksimum dalam dirinya. Bad mula menggunakan nama ‘Badang’ sebagai ego alter beliau. Dengan bantuan Sarip, ‘Badang’ mula muncul sebagai adiwira membantu golongan yang memerlukan termasuk mencari Geng Taiko yang menyebabkan kematian Mak Siah.

‘Badang’ mulai jatuh cinta dengan Tisha, adik tiri kepada Abang Taiko yang juga ketua kepada Geng Taiko. Akhirnya timbul dilema dalam diri ‘Badang’, sama ada beliau memilih cinta atau menuntut bela di atas kematian ibunya.

Pelakon Badang

Datuk Seri Aliff Syukri, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Fareez Fauzi

Tonton Badang

Popular

Cik Bunga Encik Sombong Full Episode

Maid Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Mencintaimu Mr Photographer Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode