Makrifat Cinta (2018) Full Movie

Sinopsis Makrifat Cinta

Mahathir, seorang lelaki yang tergolong dalam kelas menengah bawahan, sentiasa bertungkus lumus mencari nafkah buat keluarganya. Namun begitu, dia sering kekurangan wang kerana isterinya, Zara yang suka membazir. Zara suka membebel dan meghina Mahathir. Ini telah menjadi suatu kebiasaan kerana Mahathir tidak mampu membeli barang barang kemasan dan juga pakaian yang mahal buatnya. Selain daripada itu, Zara sering meminjam wang untuk menampung keinginan dan kehidupannya yang mewah itu. Mahathir dan Zara juga dikurniakan seorang anak yang bernama Aisha yang sangat akrab dengan bapanya itu

Sekarang, Mahathir sedang mencipta satu aplikasi yang unik dan yakin akan berjaya menjualnya suatu hari dan menjadi seorang jutawan yang kaya raya. Ini merupakan cita- citanya. Zara mempunyai seorang adik yang bernama Rizal, merupakan seorang penagih dadah dan penjudi. Dia sering meminjam wang dari Zara dengan alasan berniaga. Zara pula, meminta Mahathir meminjam wang bagi menampung kehidupannya yang mewah itu Zara sering meghina Mahathir akan kekurangannya dan ini telah menyebabkan Mahathir dan Aisha rasa bersalah. Oleh kerana terdesak, Mahathir mula meminjam wang daripada Ah Long untuk menampung Zara. Namun begitu, Zara masih tidak berpuas hati dan membawa Aisha pergi, meninggalkan Mahathir. Mahathir, yang sangat menyayangi anaknya itu menunggu di hadapan sekolah semasa Zara menghantar Aisha. Dia bertikam lidah bersama Zara dan mengambil Aisha yang ternyata, ingin bersama bapanya.

Suatu hari, di dalam keretapi, Mahathir bertemu dengan Sofea, rakannya yang lama dari kolej. Sofea merupakan seorang wanita Indonesia yang cantik, pandai dan lembut berbahasa. Semenjak pertemuan itu, hubungan Mahathir dan Sofea semakin mendalam dan Aisha juga mula menyukai Sofea. Pada suatu hari, Aisha jatuh sakit dan Sofea menawarkan diri untuk menjaga dan memasak untuk mereka berdua. Ketika itu, Zara telah kembali ke rumahnya untuk mengambil pakaian dan setelah melihat Sofea di sana, tercetus satu pergaduhan antara mereka. Mahathir memihak ke Sofea dan Zara akhirnya meninggalkan rumah tersebut dengan marahnya

Zara telah mengadu perkara ini kepada adiknya, Rizal. Ini menyebabkan Rizal menjadi emosi dan tidak dapat mengawal kemarahannya. Dia memberi amaran kepada Mahathir agar memutuskan hubungannya dengan Sofea. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

Pelakon Makrifat Cinta

Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi, Sabrina Ali

Tonton Makrifat Cinta

Popular

Cik Bunga Encik Sombong Full Episode

Maid Full Episode

Mencintaimu Mr Photographer Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode