Bahagia Bukan Bidaan Full Episode

Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan

Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan. Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai.

Lepas talak dijatuhkan, Hana bayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan nak mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf. Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksi. Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.

Kemunculan Talha dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh.

Nik Zachary muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua?

Pelakon Bahagia Bukan Bidaan

Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sheryy Ibrahim, Azri Sabri, Anne Abdullah

Drama Bahagia Bukan Bidaan

Jumlah Episod: 15
Episod Semasa: 15
Hari: Isnin-Rabu
Siaran: Slot Samarinda TV3

Tonton Bahagia Bukan Bidaan

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Popular

Cik Bunga Encik Sombong Full Episode

Maid Full Episode

Mencintaimu Mr Photographer Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode