14 Hari Full Movie

Sinopsis 14 Hari

Kisah Anggun tidak pernah merasa untuk dicintai oleh mana-mana lelaki. Atas dasar itu, Anggun telah menawarkan cadangan kepada rakan baiknya, Eddie untuk menjadi kekasihnya selama 14 hari sebelum Anggun berpindah ke Dubai. Namun Eddie tidak tahu tentang penghijrahan Anggun ke Dubai.

Eddie sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Mia. Eddie bersetuju dengan tawaran Anggun. Setiap hari mereka berdua akan keluar dating. Malah setiap hari Eddie akan menerima mesej romantik daripada Anggun yang membuatkan dirinya semakin berbunga-bunga. Selama tempoh 14 hari yang dilalui, Eddie sedar Anggun orang yang benar-benar memahami dirinya tidak seperti Mia sering memberi tekanan kepada Eddie.

Genap 14 hari Anggun dan Eddie sebagai pasangan kekasih. Sebelum berpisah mereka mengungkapkan kata-kata cinta terakhir. Namun kata-kata yang diucapkan Eddie adalah ikhlas daripada hatinya. Eddie sedar bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Anggun. Tetapi tiba-tiba Mia muncul dan menarik Eddie daripada Anggun. Pada hari Anggun bertolak ke airport, Eddie muncul dan meminta peluang daripada Anggun. Tetapi dimarahi oleh kedua ibu bapa Anggun. Sepanjang perjalanan Anggun menangis. Akhirnya ibu bapa Anggun izinkan hubungan Anggun dan Eddie. Mia terpaksa dilepaskan.

Pelakon 14 Hari

Elisya Sandha, Syazuwan Hassan, Luqman Hafidz, Riena Diana, Arash Mohamad, Watie Sadali, Faiz Tapaw, Putra Amaris, Aishah Atan, Abby Nadzri

Tonton 14 Hari

Popular

Cik Bunga Encik Sombong Full Episode

Maid Full Episode

Mencintaimu Mr Photographer Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode